SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Rabu, 27 Februari 2013

Buang Saka: Pusat Abjad Kelantan

MAJLIS BUANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 26.2.2013, empat anggota Skuad Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh, Hafaizal Mat Ali (peserta buang saka) dan Anis Sabirin bin Azmi telah turut serta dalam "Majlis Buang Saka" yang diadakan di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ketujuh-tujuh orang peserta berkenaan kemudiannya menerima ijazah (talkin) daripada Tuan Guru (Badal), Abjad Kelantan, Ustaz Zalfakar Zakaria pada malam berkenaan sebagai menandakan majlis berkenaan berakhir. Buah kundur yang telah dibalut dengan kain kuning yang dibentuk seperti "sekujur mayat" kemudiannya dipacakkan dengan beberapa batang jarum yang telah disediakan oleh peserta majlis buang saka berkenaan untuk dialirkan ke sebatang sungai yang berarus deras. Tugas ini kemudian disempurnakan oleh anggota kami, Skuad Ghostbusters pada malam yang sama.

Peserta buang saka sedang menghadap syeikh yang mengendalikan majlis berkenaan.

Seorang anggota Skuad Ghostbusters, Aziz Haji Daud (kiri) membantu salah seorang peserta buang saka (baju biru) untuk membalut buah kundur dengan kain kuning.

Seorang anggota Skuad Ghostbusters (baju hijau, kanan) sedang membalut buah kundur dengan kain kuning.


Peserta buang saka kemudiannya menerima ijazah (talkin) dari Tuan Guru (Badal), Ustaz Zalfakar Zakaria.

Buah kundur yang dibalut dengan kain kuning membentuk "sekujur mayat" siap untuk dialirkan di sebatang sungai yang berarus deras.

Foto ini dirakam di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 26.2.2013 (malam Rabu).

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 22 Februari 2013

Makhluk Jin: Kg.Bawah Lembah (Kota Bharu)

MAKHLUK JIN BUKAN ISLAM

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 22.2.2013, Skuad Ghostbusters dipanggil oleh sebuah keluarga yang menyewa sebuah rumah No. 9, di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot dekat sini iaitu bersebelahan rumah anggota Unit Ghostbusters kami, Azmi Mohd. Salleh. Kira-kira jam 3.00 petang, anggota unit kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz) dan Azmi Mohd. Salleh membuat tinjauan di rumah mangsa berkenaan. Unit kami dipanggil berikutan keluarga berkenaan mengalami masalah gatal-gatal seluruh tubuh sejak seminggu yang lalu iaitu hari Jumaat (15.2.2013). Pada mulanya keluarga berkenaan mengesyakki air paip punca segalanya. Namun, daripada pemeriksaan pihak hospital dan setelah mendapat suntikan dan ubat, pihak doktor mendakwa bukan berpunca dari air yang tercemar malah pihak hospital juga meminta keluarga berkenaan mengusahakan cara lain.

Pada sebelah malam yang sama iaitu selepas Maghrib, anggota Skuad Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Anis Sabirin bin Azmi telah melakukan wirid syeikh Warisan Pusaka Tok Kenali dan Abjad Kelantan untuk mengesan makhluk apakah yang mengganggu keluarga berkenaan sehinggakan keluarga berkenaan mengalami gatal-gatal seluruh tubuh dan tempiasnya turut dialami oleh keluarga unit kami itu. Akhirnya, kami mendapat jawapannya, apabila dari scan unit kami, keluarga berkenaan terkena "ludahan jin" (jin bukan Islam) jin yang dimaksudkan menyerupai dua ekor beruang yang asalnya dari tempat berkenaan.

Setelah selesai wirid tersebut, sebagaimana biasa unit kami melakukan lontaran garam yang telah diisikan dengan wirid syeikh Warisan Pusaka Tok Kenali ke semua tempat di rumah keluarga terbabit.

Dua anggota Skuad Ghostbusters, Aziz Haji Daud dan Anis Sabirin bin Azmi bersiap sedia untuk memulakan tugas di hadapan rumah mangsa.


Anis Sabirin bin Azmi membuat lontaran garam ke arah bumbung rumah mangsa.


Aziz Haji Daud mengambil alih tugas itu.

Semak dan belukar di hadapan rumah mangsa juga turut dilontar garam kerana menjadi tempat permainan makhluk halus berkenaan.

Foto ini dirakam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 22.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 10 Februari 2013

Makhluk Alien: Kg.Lundang (Kota Bharu)

MAKHLUK ALIEN

KOTA BHARU, KELANTAN:  Pada 10.2.2013, kami dari Unit Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Anis Sabirin bin Azmi telah menjejak tempat munculnya makhluk asing yang dikenali "alien". Makhluk alien ini sebenarnya telah berjaya dirakam di atas alas meja burger pada 10.2.2013 (jam 5.45 petang) oleh Mohd. Aminuddin bin Che Zakaria yang mengusahakan gerai burgernya di hadapan kedai makan seorang anggota unit kami, Aziz Haji Daud (Abang Aziz) di Kampung Lundang bersebelahan dengan Masjid Lundang dekat sini.

Menurut Mohd. Aminuddin, makhluk alien itu tidak sengaja dirakam olehnya, kerana niat sebenarnya untuk mencuba iphone yang baru dibelinya. Ketika merakam alas meja gerai burgernya itu, beliau tidak mengetahui makhluk alien itu telah berada di atas alas mejanya itu. Setelah merakamnya, beliau cuba memeriksa foto yang telah dirakamnya, beliau agak terkejut kerana tidak menyangka makhluk aneh itu dapat dirakamnya sedangkan matanya tidak dapat melihat makhluk tersebut.

Kami kemudiannya menjejak tempat hadirnya makhluk alien itu. Ini kerana, menurut Abang Aziz terdapat sebuah rumah di kampung itu yang berjarak dari kedainya kira-kira dua buah rumah didapati agak berbeza dan sering mengusik. Ketika Penulis sedang merakam foto di halaman rumah terbabit, dengan tiba-tiba makhluk yang dimaksudkan telah melompat ke atas bahu Anis Sabirin dan terjun ke atas sebatang pokok bunga berhampiran pagar rumah tersebut. Bentuk fizikal tubuh makhluk alien berkenaan hampir sama dengan foto yang telah berjaya dirakam oleh Mohd. Aminuddin bin Che Zakaria.

Makhluk Alien: foto dirakam kembali dari iphone Mohd. Aminuddin Che Zakaria.

Unit kami mengesan kehadiran makhluk alien datang dari rumah ini. Makhluk alien bertenggek di atas pokok ini (anak panah) setelah melompat dari bahu seorang anggota unit kami, Anis Sabirin.

Foto ini dirakam di Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 10.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Khamis, 7 Februari 2013

Kempen Saka: Melor (Kota Bharu)

KEMPEN TENTANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 7.2.2013, kami dari Unit Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali telah mengadakan kempen dan majlis penerangan tentang saka di kediaman sebuah keluarga di Melor dekat sini. Unit kami kemudiannya beredar dari rumah berkenaan jam 11.30 malam.


Teks:
AZMI MOHD. SALLEH