SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Jumaat, 22 Februari 2013

Makhluk Jin: Kg.Bawah Lembah (Kota Bharu)

MAKHLUK JIN BUKAN ISLAM

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 22.2.2013, Skuad Ghostbusters dipanggil oleh sebuah keluarga yang menyewa sebuah rumah No. 9, di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot dekat sini iaitu bersebelahan rumah anggota Unit Ghostbusters kami, Azmi Mohd. Salleh. Kira-kira jam 3.00 petang, anggota unit kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz) dan Azmi Mohd. Salleh membuat tinjauan di rumah mangsa berkenaan. Unit kami dipanggil berikutan keluarga berkenaan mengalami masalah gatal-gatal seluruh tubuh sejak seminggu yang lalu iaitu hari Jumaat (15.2.2013). Pada mulanya keluarga berkenaan mengesyakki air paip punca segalanya. Namun, daripada pemeriksaan pihak hospital dan setelah mendapat suntikan dan ubat, pihak doktor mendakwa bukan berpunca dari air yang tercemar malah pihak hospital juga meminta keluarga berkenaan mengusahakan cara lain.

Pada sebelah malam yang sama iaitu selepas Maghrib, anggota Skuad Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Anis Sabirin bin Azmi telah melakukan wirid syeikh Warisan Pusaka Tok Kenali dan Abjad Kelantan untuk mengesan makhluk apakah yang mengganggu keluarga berkenaan sehinggakan keluarga berkenaan mengalami gatal-gatal seluruh tubuh dan tempiasnya turut dialami oleh keluarga unit kami itu. Akhirnya, kami mendapat jawapannya, apabila dari scan unit kami, keluarga berkenaan terkena "ludahan jin" (jin bukan Islam) jin yang dimaksudkan menyerupai dua ekor beruang yang asalnya dari tempat berkenaan.

Setelah selesai wirid tersebut, sebagaimana biasa unit kami melakukan lontaran garam yang telah diisikan dengan wirid syeikh Warisan Pusaka Tok Kenali ke semua tempat di rumah keluarga terbabit.

Dua anggota Skuad Ghostbusters, Aziz Haji Daud dan Anis Sabirin bin Azmi bersiap sedia untuk memulakan tugas di hadapan rumah mangsa.


Anis Sabirin bin Azmi membuat lontaran garam ke arah bumbung rumah mangsa.


Aziz Haji Daud mengambil alih tugas itu.

Semak dan belukar di hadapan rumah mangsa juga turut dilontar garam kerana menjadi tempat permainan makhluk halus berkenaan.

Foto ini dirakam di Kampung Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan pada 22.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam