NAHAS LUAR BIASA
KOTA BHARU, KELANTAN: LAZIMNYA
apabila berlaku kejadian nahas jalan raya (kemalangan) yang melibatkan
nahas ngeri, mangsanya pasti menemui ajalnya. Walau bagaimanapun, atas
ketentuan Allah S.W.T yang jiwa manusia sentiasa berada di dalam
perhatian-Nya, ada mangsa nahas dapat meneruskan kehidupan yang sempurna
tanpa mengalami kecacatan anggota. Mungkinkah kelebihan yang diberikan
Allah kepada mangsa di atas jiwa dan rohaninya yang suci, adalah juga di
dalam pengetahuan Allah Yang Maha Kaya.
Membicarakan
tentang nahas berkenaan, suatu kejadian nahas ngeri melibatkan
pertembungan dua buah motosikal melibatkan anak keempat Penulis yang
merupakan anggota Skuad Ghostbusters (Abjad Kelantan), Anis Sabirin bin Azmi dengan
seorang mangsa lain yang merupakan seorang pelajar salah sebuah sekolah
tahfiz. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi pada 30.4.2013
itu adalah kejadian nahas pelik dan luar biasa dialami oleh anak keempat
Penulis itu.
Menurut
Anis, sebelum kejadian nahas tersebut pada malam 30.4.2013 itu beliau
telah mengalami suatu mimpi yang agak pelik. Dalam mimpi berkenaan,
beliau seolah-olah terjatuh dari sebuah bangunan yang agak tinggi di
mana kedua-dua kakinya didapati patah.
Pada
pagi 30.4.2013, seperti biasa jam 8.00 pagi beliau ke tempat kerjanya.
Ketika waktu rehat selama 15 minit, lazimnya beliau akan pulang ke rumah
untuk berehat sementara. Tetapi pada hari berkenaan, beliau berasa
tidak sedap hati untuk pulang ke rumah yang jaraknya kira-kira 150 meter
dari tempat kerja, beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk pulang ke
rumah ketika itu disebabkan hal berkenaan. Namun, pegawainya memaklumkan
kepada beliau bahawa masa rehat sudah sampai dan wajarlah beliau pulang
ke rumah ketika itu.
Akhirnya
beliau pulang ke rumah juga setelah dimaklumkan oleh pegawainya yang
beliau sering memanggilnya sebagai "bos". Ketika beliau memasuki laluan
Jalan Tengku Mohd. Ma'asum berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Zainab
Satu, Kota Bharu beliau terpandang sebuah motosikal Honda 70 Cup dari
arah belakang sebuah lori muatan di mana penunggangnya tidak memakai
topi keledar. Beliau tidak mempedulikan gelagat penunggang motosikal itu
kerana niatnya untuk sampai ke rumah. Tetapi secara tiba-tiba,
penunggang motosikal yang sedang menunggang dari belakang lori muatan
itu membuat pusingan ke kanan untuk memasuki sebatang lorong sekolah
berkenaan secara tidak wajar dan mengejut. Disebabkan jaraknya sudah
terlalu dekat, beliau menekan brek motosikal dengan kuat dan cuba
mengelak ke sebelah kiri iaitu ke tepi jalan berhampiran sekolah
tersebut supaya tidak berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini.
Namun, tindakannya tidak berjaya kerana kelajuan motosikal penunggang
motosikal Honda itu terlalu laju dan agak keras telah merempuh motosikal
yang ditunggang oleh Anis.
Akibat
rempuhan kasar dan agak kuat itu, Anis terpelanting dan tercampak di
tepi jalan dalam keadaan meniarap, namun sempat beliau berguling
beberapa kali ke tepi jalan walaupun motosikalnya itu didapati telah
menghempap ke atas pahanya. Beliau kemudiannya bangun seketika untuk
menyelamatkan diri ke tepi jalan tersebut yang kemudiannya terjatuh
kerana agak pening akibat dirempuh oleh penunggang motosikal itu secara
agak keras. Dalam keadaan rebah itu, beliau terus merangkak
perlahan-lahan untuk mengelakkan dirinya dari dipijak lori muatan lain
dari arah belakangnya. Dalam keadaan menanggung kesakitan disebabkan
kulit, anggota badan dan darah menitis di tempat kejadian. Setelah
mengheret tubuh badannya beliau menyandarkan dirinya di pagar sekolah
berkenaan lantas menghubungi mamanya melalui telefon bimbitnya untuk
memaklumkan tentang kejadian nahas itu.
Setelah
beliau dapat memaklumkan kejadian itu kepada mamanya beberapa patah
perkataan melalui telefon bimbitnya itu, beliau kemudiannya tidak
bermaya dan matanya terpejam secara tiba-tiba. Mamanya yang tiba di
tempat kejadian dengan membawa sebotol air mineral yang telah dibacakan
Selawat Nabi S.A.W (7 kali) dan Surah Qul (7 kali) lalu dihembuskan ke
dalam botol air mineral itu sempat melihat Anis dalam keadaan tidak
sedarkan diri apabila dari hujung kakinya sehingga ke bahagian dada
didapati putih dan kaku seperti mayat.
Ketika
ditanya, Anis memberitahu, beliau berasa nyawanya (berwarna putih)
telah ditarik dari hujung kaki sehingga ke bahagian dada di mana dadanya
ketika itu terasa sakit dan berasa sangat panas (dadanya bagaikan
hendak pecah) dan ketika itu juga beliau dapat melihat "alam barzakh",
sebahagian nyawanya itu dirasakan hendak melepasi ubun-ubun kepalanya.
Ketika itulah "rohaninya" bertanya "adakah ini ajal aku?" Kemudiannya
beliau dapat mendengar satu suara berkata "tidak". Ketika itulah juga
mamanya tiba lalu merenjiskan air ke muka dan ke bahagian dadanya.
Mamanya memintanya "mengucap", "ingatkan Allah" dan "ingat dan pandang
ustaz (tok guru)". Ketika itulah beliau dapat berkata "ak" dan beliau
merasakan nyawanya telah masuk dan bercantum kembali dalam tubuh.
Selepas itu, seluruh anggotanya dapat bergerak sedangkan sebelumnya
beliau tidak sedarkan diri dan semua anggotanya telah kaku.
Selepas
itu, mamanya menghubungi talian "kecemasan" dan Penulis menerima
panggilan dari mamanya beberapa ketika sebelum itu. Semasa di pejabat
pada hari kejadian, Penulis bersin sebanyak lima (5) kali sedangkan hal
berkenaan tidak pernah berlaku sebelum ini. Menerima berita berkenaan,
Penulis bergegas ke tempat kejadian dan sempat melihat Anis telah
diangkat ke dalam kenderaan ambulan Kementerian Dalam Negeri lalu dibawa
ke Bahagian Kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Ketika
Penulis tiba di Bahagian Kecemasan, Hospital Raja Perempuan Zainab II,
pihak doktor telah membalut luka akibat bergeser dengan tar dari atas
katil berkenaan yang kemudiannya dibawa ke bahagian X-Ray. Sebelum Anis
ditolak masuk ke Bilik X-Ray pada hari yang sama, Penulis bertanya
beliau adakah beliau telah pandang Ustaz (Tok Guru) di mana kalau beliau
telah pandang, Penulis akan melakukan kaedah berkenaan bersama-sama,
sambil memegang tangannya Penulis memberitahunya "tiada apa-apa". Beliau
menyatakan beliau masih ingatkan Ustaz (Tok Guru) ketika itu. Setelah
itu, beliau dibawa masuk ke Bilik X-Ray di hospital berkenaan. Katanya,
di antara bahagian tubuh yang telah di X-Ray seperti kepala, dada,
pinggang dan kaki.
Kira-kira
setengah jam kemudiannya beliau dibawa keluar dari Bilik X-Ray ke
tempat awal beliau ditempatkan di hospital tersebut. Hasil pemeriksaan
terhadap filem X-Ray itu, doktor mengesahkan beliau tidak mengalami
sebarang kompilasi atau masalah dalaman tetapi pihak doktor meminta
beliau untuk bermalam di hospital itu untuk pemeriksaan lanjut. Namun,
beliau menolaknya dengan meminta beliau dibenarkan pulang. Seketika
kemudian, beliau bangkit dari katil hospital itu lalu melangkah turun
dan berjalan keluar hospital.
Kejadian
itu dilihat oleh sebahagian kakitangan hospital termasuk doktor
terbabit. Bapa pelajar yang merempuh Anis turut berada berdekatan katil
beliau merasa terpegun dan beliau sempat berkata, anak Penulis seorang
yang keras semangat dan seolah-olah penyakitnya dicabut dengan mudah
ketika itu. Penulis menerangkan serba sedikit kepada bapa pelajar yang
merempuh Anis ketika itu bahawa, jika jiwa bersih dan rohani suci dan
jika rohani sentiasa mengingati Allah dan sentiasa bersama Ustaz (Tok
Guru), Allah pasti memberikan pertolongan. Jika tiada hal seumpama ini,
paling jelas rugilah umat-umat Islam.
Nasihat Penulis:
1.
Jika anda mengalami kemalangan seumpamanya dan jika tubuh boleh
bergerak walaupun tubuh masih lemah dan tidak bermaya, cuba gagahkan dan
kuatkan semangat diri untuk tidak tertidur. Sebab lazimnya, jika
tertidur, ketika itulah "nyawa" keluar dari "jasad".
2.
Hal yang melemahkan tubuh badan, jiwa dan rohani adalah disebabkan
"saka". Untuk memperolehi rohani yang kuat dan bersih, buanglah saka
itu.
Anis Sabirin bin Azmi.
Inilah pagar sekolah, tempat Anis Sabirin menyandarkan tubuhnya.
Foto di hospital tidak dapat dirakam kerana Penulis tidak membawa kamera bersama.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.