SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com
Memaparkan catatan dengan label Saka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saka. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Gangguan Saka: Taman Uda Murni (Kota Bharu)


GANGGUAN SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 5.9.2013, Skuad Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz) dan Azmi Mohd. Salleh telah ke rumah mangsa di Taman Uda Murni. Kali pertama unit kami ke rumah mangsa adalah pada 2.9.2013 untuk melihat keadaan rumah dan bentuk gangguan sebagaimana yang dilaporkan oleh keluarga mangsa. Pada ketika itu, unit kami telah melakukan kaedah wirid syeikh dan telah mengenal pasti punca sehingga mangsa diganggu sedemikian rupa dan unit kami telah membuat "air penawar/air tawar" untuk diminum oleh mangsa.

Pada 5.9.2013 pula, mulai jam 10.05 malam unit kami meminta pihak keluarga mangsa menyediakan garam kasar, arang serta pulut hitam. Garam kasar yang dicampurkan dengan arang untuk kaedah melempar/tabur garam malah sedikit garam kasar itu juga digunakan sebagai mandian dan untuk diminum oleh mangsa. Manakala pulut hitam itu pula untuk digunakan kaedah pagar rumah (empat penjuru rumah). Kaedah ini dibuat melalui Wirid Syeikh (Sultan Wali As-Syeikh Muhyiddin Abd. Qader Al-Jailani), Wirid Hikmah, Jabat 14, Jabat Penimbul, Jabat Penggerak, Jabat Besi, Pandang Rabithah dan Wasilah serta doa sebagaimana yang unit kami pernah lakukan sebelum ini.

Setelah selesai melakukan kaedah wirid dan doa tersebut, unit kami dapat mengesan kehadiran "harimau" yang sedang menghulurkan kukunya ke arah kami. Di samping, kami juga dapat melihat belang harimau tersebut dan seekor burung besar (sayapnya berwarna biru tua dan tubuhnya berwarna merah tua). Harimau itu pula bermaksud hala.

Unit kami kemudiannya melakukan kaedah menanam pulut hitam yang telah diisi dengan wirid syeikh, jabat, pandang rabithah dan wasilah serta doa. Manakala kaedah melempar/menabur garam kasar yang telah dicampurkan dengan arang melalui kaedah yang sama untuk tujuan berkenaan.

Walau bagaimanapun, mangsa sebenarnya diganggu oleh saka dari keturunannya. Hal berkenaan perlu diselesaikan oleh mangsa dengan melakukan kaedah "peralih saka" berkenaan untuk tujuan menyelesaikan masalah yang dialaminya.

Unit kami kemudiannya beredar dari rumah tersebut kira-kira jam 12.00 malam.

Aziz Haji Daud sedang melakukan kaedah wirid syeikh, jabat, pandang rabithah dan wasilah dan doa.

Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 24 April 2013

Majlis Peralih Saka: Kg.Kor (Kota Bharu)


MAJLIS PERALIH SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  KAMI dari Skuad Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Anis Sabirin bin Azmi memainkan peranan dalam "Majlis Peralih Saka" yang dilakukan terhadap sebuah keluarga (enggan disiarkan gambar) dari Kampung Kor dekat sini pada 24.4.2013.

Selain Tuan Guru (Badar), Ustaz Zalfakar Zakaria bersama tiga pembantunya, kami bertolak bersama ke kampung berkenaan jam 10.15 malam. Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

Unit kami dapat mengesan makhluk khodam itu keluar dari tiga keluarga berkenaan dan berakhir dengan keadaan yang baik.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 27 Februari 2013

Buang Saka: Pusat Abjad Kelantan

MAJLIS BUANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 26.2.2013, empat anggota Skuad Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh, Hafaizal Mat Ali (peserta buang saka) dan Anis Sabirin bin Azmi telah turut serta dalam "Majlis Buang Saka" yang diadakan di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Ketujuh-tujuh orang peserta berkenaan kemudiannya menerima ijazah (talkin) daripada Tuan Guru (Badal), Abjad Kelantan, Ustaz Zalfakar Zakaria pada malam berkenaan sebagai menandakan majlis berkenaan berakhir. Buah kundur yang telah dibalut dengan kain kuning yang dibentuk seperti "sekujur mayat" kemudiannya dipacakkan dengan beberapa batang jarum yang telah disediakan oleh peserta majlis buang saka berkenaan untuk dialirkan ke sebatang sungai yang berarus deras. Tugas ini kemudian disempurnakan oleh anggota kami, Skuad Ghostbusters pada malam yang sama.

Peserta buang saka sedang menghadap syeikh yang mengendalikan majlis berkenaan.

Seorang anggota Skuad Ghostbusters, Aziz Haji Daud (kiri) membantu salah seorang peserta buang saka (baju biru) untuk membalut buah kundur dengan kain kuning.

Seorang anggota Skuad Ghostbusters (baju hijau, kanan) sedang membalut buah kundur dengan kain kuning.


Peserta buang saka kemudiannya menerima ijazah (talkin) dari Tuan Guru (Badal), Ustaz Zalfakar Zakaria.

Buah kundur yang dibalut dengan kain kuning membentuk "sekujur mayat" siap untuk dialirkan di sebatang sungai yang berarus deras.

Foto ini dirakam di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 26.2.2013 (malam Rabu).

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Khamis, 7 Februari 2013

Kempen Saka: Melor (Kota Bharu)

KEMPEN TENTANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 7.2.2013, kami dari Unit Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali telah mengadakan kempen dan majlis penerangan tentang saka di kediaman sebuah keluarga di Melor dekat sini. Unit kami kemudiannya beredar dari rumah berkenaan jam 11.30 malam.


Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 14 Januari 2013

Mangsa Saka: Kuala Besar (Kota Bharu)

GANGGUAN KERANA SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 14.1.2013, anggota Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Anis Sabirin bin Azmi tiba di rumah mangsa pada pukul 10.30 malam. Kami ke rumah mangsa di Lorong Masjid Kedai Buloh di Kuala Besar dekat sini untuk menyambung program semenjak kunjungan awal unit kami pada 12.1.2013 untuk melihat dengan lebih dekat persekitaran rumah terbabit di samping menyelesaikan masalah gangguan terhadap penghuninya yang terdiri daripada bayi di rumah terbabit. Di antara bahan-bahan yang disediakan untuk majlis berkenaan seperti garam kasar, beras pulut hitam dan sedikit benang. Segenggam garam berkenaan digunakan untuk mandian bayi untuk mengelakkan gangguan terhadap bayi, baki garam kasar itu pula digunakan untuk melempar/menabur garam dan beras pulut hitam itu pula perlu ditanam di empat penjuru tiang (laman rumah) berkenaan ke belakang rumah.

Setelah kami tiba di rumah mangsa pada 14.1.2013 itu, salah seorang unit kami, Anis Sabirin bin Azmi memaklumkan, makhluk yang menghuni kawasan rumah mangsa telah menyeringai wajah ke arahnya dengan pandangan yang agak bengis seolah-olah geram dengan tindak-tanduk kami pada masa itu. Selepas itu, kami memulakan program berkenaan dengan melakukan kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali seperti melakukan wirid, tasbih, wasilah dan rabithah sebagaimana kaedah terbaik, makhluk tersebut menerjah rumah mangsa ketika itu dan kami terasa bahangnya. Makhluk itu yang berambut panjang, sekali lihat seperti lelaki dan kadang-kadang berwajah wanita telah memasuki rumah mangsa ketika kami sedang melakukan wirid dan tasbih ketika itu.

Selang beberapa lama kemudiannya, makhluk itu tiba-tiba didapati melarikan diri dari rumah berkenaan dan ketika kaedah terakhir kami iaitu untuk melempar/menaburkan garam kasar yang telah digaulkan dengan beras pulut hitam dan benang itu, kami tidak lagi terlihat kelibat makhluk terbabit yang melarikan diri ke arah sebelah kanan rumah mangsa.

Unit Ghostbusters kami beredar dari rumah tersebut dan bertolak pulang jam 11.45 malam.

Seorang anggota unit kami, Aziz Haji Daud sedang mencampurkan bahan-bahan seperti garam kasar, beras pulut hitam dan benang ke dalam sebuah bekas.



Dua anggota kami sedang melakukan kaedah wirid dan tasbih.

Di sinilah makhluk ghaib itu sedang memerhatikan ke arah unit kami sedang wirid dan tasbih.

Makhluk itu kemudiannya turun dan mundar-mandir di tangga ini.




Seorang unit kami, Aziz Haji Daud sedang melempar/menabur garam yang dicampurkan dengan beras pulut hitam dan sedikit benang.

 Kelihatan gerombolan "orb" memenuhi laman rumah mangsa.

Foto ini dirakam di Lorong Masjid Kedai Buloh, Kuala Besar, Jalan Pantai Mek Mah, Kota Bharu, Kelantan pada 14.1.2013.

Teks:
AZMI MOHD. SALLEH
Jurufoto:
ANIS SABIRIN BIN AZMI

Sabtu, 12 Januari 2013

Kempen Saka: Kuala Besar (Kota Bharu)

SAKA: KEMPEN

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 12.1.2013, kami dari Unit Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali telah mengadakan kempen dan majlis penerangan tentang saka di dua buah rumah di Kuala Besar dekat Pantai Mek Mah, Kota Bharu, Kelantan. Unit kami bertolak pulang dari rumah kedua jam 2.00 pagi pada 13.1.2013.


Teks:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 4 Januari 2013

Buang Saka: Kg.Kemumin (Kota Bharu)

MAJLIS BUANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 9.9.2011 (malam), Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali sebagaimana lazimnya turut serta dalam "Majlis Buang Saka" sebuah keluarga di kediaman mereka di Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.


Anggota Unit Ghostbusters kami sedang membantu membalut buah kundur.


Anggota unit kami, Hafaizal Mat Ali sedang membalut buah kundur.

 Peserta buang saka sedang menerima ijazah (talkin) dari Tuan Guru, Ustaz Zulfakar.

Foto ini dirakam di Kampung Kemumin, Kota Bharu, Kelantan pada 9.9.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Buang Saka: Pusat Abjad Kelantan

MAJLIS BUANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 3.9.2011 (malam), Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali turut serta dalam "Majlis Buang Saka" sebuah keluarga dari Bachok, Kelantan yang diadakan di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

 
 







 Kelihatan ketua keluarga berkenaan menerima ijazah (talkin) daripada Tuan Guru, Ustaz Zulfakar.

Foto ini dirakam di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 3.9.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Buang Saka: Kg.Kedai Buluh (Kota Bharu)

MAJLIS BUANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 6.5.2011, Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali turut serta dalam "Majlis Buang Saka" sebuah keluarga di Kampung Kedai Buluh, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, Kelantan. Dari awal hingga akhir, unit kami mendapati suasana dalam rumah ini agak panas dan semasa majlis berlangsung, berlaku ketegangan antara kami dengan makhluk saka keluarga terbabit yang seolah-olah melepaskan ahli keluarganya. Namun, akhirnya kami berjaya merungkai masalah tersebut.










Berlaku ketegangan ketika majlis berkenaan berlangsung.

Foto ini dirakam di Kampung Kedai Buluh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan pada 6.5.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Khamis, 3 Januari 2013

Buang Saka: Kg.Sireh (Kota Bharu)

MAJLIS BUANG SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 1.4.2011 (malam), Unit Ghostbusters turut serta dalam Majlis
 Buang Saka seorang peserta dari Kampung Sireh dekat sini. Program ini diadakan selepas solat Isyak.






 Seorang peserta buang saka menerima ijazah (talkin) daripada Tuan Guru, Ustaz Zulfakar.

Foto ini dirakam di Kampung Sireh, Jalan Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH