HALAU MAKHLUK HALUS
KOTA BHARU, KELANTAN: SEBUAH tapak rumah yang terletak di Kemumin, Kota Bharu, Kelantan adalah bekas tapak tinggalan markas dan kubur Jepun sewaktu ketika dahulu. Makhluk halus yang tinggal di sini cuba mengganggu isterinya setiap kali menjelang waktu malam. Berikutan masalah yang dialaminya, mangsa telah menghubungi Unit Ghostbusters kami bagi menghindarkan gangguan tersebut seterusnya cuba menghalau makhluk halus yang telah menjadikan kawasan berkenaan sebagai miliknya. Menerima makluman itu, pada 27.9.2010 (malam), unit kami bergegas ke tempat terbabit. Kami menggunakan kaedah untuk menyelam ke alam makhluk berkenaan dan memang benar, makhluk ghaib itu telah menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempatnya. Kemudiannya, makhluk halus itu kami halau menggunakan kaedah garam dan arang yang diisikan dengan wirid Warisan Pusaka Tok Kenali selepas sahaja hujan beransur reda.
Seorang anggota Unit Ghostbusters, Aziz Haji Daud (ketayap) sedang menabur/melempar garam dan arang.
Foto ini dirakam di Kampung Panchor, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan pada 27.9.2010.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.