Ruangan ini dikelolakan oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
**************************************************
ABJAD KELANTAN adalah singkatan bagi "Angkatan Bina Jati Diri" atau "ABJAD", di mana salah satu unit di bawahnya dikenali sebagai "Skuad Ghostbusters". Di antara aktiviti unit ini ialah mengadakan kempen kepada orang ramai (individu/kumpulan) tentang pentingnya membuang saka, merawat dan memulihkan penyakit rohani seperti gangguan makhluk halus, menghalau dan menangkap makhluk halus yang mengganggu individu dan kediaman (rumah/bangunan), memulihkan sihir dan santau melalui kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali (Wali dan Ulama Tersohor Kelantan dan Nusantara), mengadakan aktiviti tahan lasak seperti mendaki gunung, menyusur gua serta merakam foto makhluk halus di sesuatu kawasan misteri yang dilawati.
Sila layari juga blog "ABJAD Malaysia" untuk mengetahui Dunia Melayu dan Perkembangan Islam di nusantara ini di alamat:
http://abjadmalaysia.blogspot.com.
**************************************************
MAHAGURU
**************************************************
Sultan Aulia'
Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathoni
Syeikh Yusuf Kenali Al-Kelantani / Muhammad bin Yusof
(Tok Kenali)
Al-Alamah Syeikh Mahmud Nasri Osmani
Pengasas ABJAD Malaysia
Al-Alamah Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Junaidin @
Syeikh Muhyiddin Haji Ahmad Junaidin Che Din
Syeikh Muhyiddin Haji Ahmad Junaidin Che Din
Guru Utama ABJAD / Guru Ijazah Pusat
Yang Dipertua
Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat
Yang Dipertua
Pertubuhan Gerak Seni Silat ABJAD (Asli) Jabat Kilat
Ustaz Zalfakar Zakaria
Guru (Badal) ABJAD Kelantan
(Meninggal: 24.5.2016, Jam 10.00 Malam)
Ustaz Nik Mohd. Izham Nik Mahmud
Mudir
**************************************************
BUKU - PEMUDA TAUHID
Tulisan:
Ustaz Haji Idris bin Syeikh Mahmud Nasri Othmani
Terbitan:
Bahagian Penyelidikan, Tarbiah dan Pendidikan
(Warga Melayu)
Akademi Pengajian Dakwah dan Ihsan Sdn. Bhd
JENIS / KATEGORI MANUSIA
**************************************************
SANAD
***************************************************************************
PROSES BUANG SAKA
(Alat / Bahan / Perkakasan Buang Saka)
**************************************************
Tulisan:
Ustaz Haji Idris bin Syeikh Mahmud Nasri Othmani
Terbitan:
Bahagian Penyelidikan, Tarbiah dan Pendidikan
(Warga Melayu)
Akademi Pengajian Dakwah dan Ihsan Sdn. Bhd
**************************************************
**************************************************
SANAD
***************************************************************************
PROSES BUANG SAKA
(Alat / Bahan / Perkakasan Buang Saka)
1. Peralatan Kena Beli
- Kain kuning kosong (2 meter seorang)
- Buah kundur besar (1 biji seorang)
- Telur ayam (sebaiknya telur ayam kampung - 1 biji seorang)
- Jarum jahit guni (7 batang seorang)
- Jarum meniti (jarum kecil - sekotak seorang)
2. Peralatan Dari Tubuh
- Daki
- Kuku (tangan dan kaki)
- Sekalian bulu (seurat sahaja)
- Tahi telinga (sedikit sahaja - guna kapas)
- Tahi hidung (sedikit sahaja - guna kapas)
- Darah (di jari manis - sedikit sahaja - guna kapas)
- Secebis kain yang dipakai harian Bapa dan Ibu.
3. Peralatan Rumah/Tempat Tinggal
- Tanah tapak rumah yang diduduki sekarang (sebesar ibu jari)
- Bata (sedikit sahaja)
- Dinding batu (sedikit sahaja)
- Pintu (sedikit sahaja)
4. Peralatan Bagi Orang Tua
- Tanah pusara datuk dan nenek yang telah meninggal dunia.
Majlis Buang Saka akan diadakan di rumah peserta dan bahan serta peralatan ini akan digunakan dalam majlis tersebut.
Oleh:
AZMI MOHD. SALLEH
**************************************************
SAKA
14 Tempat / Bahagian Pada dan Dalam Tubuh Manusia Menjadi Kesukaan Jin/Syaitan
1. Ulu hati
2. Siku kanan
3. Siku kiri
4. Lutut kanan
5. Lutut kiri
6. Umbuk punai (belakang kepala)
7. Hujung sulbi
8. Urat leher (bahagian belakang)
9. Hujung lidah
10. Lubang hidung kanan
11. Lubang hidung kiri
12. Telinga kanan
13. Telinga kiri
14. Pusat
**************************************************
Kaedah rawatan yang dijalankan adalah melalui Warisan Pusaka
Tok Kenali
1. Wirid Syeikh (Sultan Wali As-Syeikh Muhyiddin Abd. Qader Al-Jailani)
2. Wirid Hikmah
3. Jabat 14
4. Jabat Penimbul
5. Jabat Penggerak
6. Jabat Besi
7. Pandang Rabitah dan Wasilah
8. Doa
AZMI MOHD. SALLEH
Editor
ABJAD KELANTAN
**************************************************
SAKA
Takrif Saka
MAKNA saka ialah "khodam jin". Khodam jin ini pula ada dua jenis iaitu jin
Islam dan jin kafir". Saka sebenarnya ialah makhluk
jin yang wujud dalam aliran darah manusia.
Walaupun dikatakan jin Islam yang sentiasa beribadat dan mendekatkan
diri dengan Allah S.W.T, namun setiap yang bernama jin sememangnya
tidak boleh dipercayai. Ini kerana, kalau sudah dikatakan jin sifatnya
memang jelas hanya ingin memperdayakan dan menyesatkan selain mengenakan
pelbagai syarat terhadap manusia yang mengamalkan sesuatu ilmu, apatah
lagi jika pengamal ilmu berkenaan inginkan ilmu-ilmu yang dianggap hebat
seperti keramat dan kebal (kalis dan tidak lut senjata).
Walaupun sembahyang itu telah difardukan kepada
manusia, tetapi oleh kerana keinginan yang meluap-luap di kalangan
pengamal ilmu-ilmu hebat tadi, manusia sanggup mengikut telunjuk
daripada makhluk jin berkenaan supaya turut beribadat untuk mereka pula.
Situasi ini menjadikan seolah-olah jin itu pula sebagai tuan yang
berkuasa semata-mata kegelojohan manusia untuk mendapatkan sesuatu yang
dihajatkan. Padahal, manusia pada hakikatnya hanya perlu menerima
perintah dan melakukan ibadat serta suruhan hanya semata-mata kepada
Allah S.W.T sahaja.
Perbuatan jin memperalatkan
manusia ini sebenarnya merupakan satu muslihat untuk mengaut pahala
ibadat dari manusia yang berhajatkannya. Dibimbangi jin itu memperolehi
pahala ibadat yang banyak, sebaliknya manusia yang diperalatkan itu
dalam keadaan menemui Allah tidak mempunyai markah pahala langsung. Sebaik-baik
jin adalah sejahat-jahat manusia. Jin yang paling alim juga mempunyai
tuan guru dan ulamak. Jika dibandingkan dengan manusia, paling jahat
adalah jin bagi manusia yang baik.
Ini
bermakna, jin bersifat mudah menerima apa sahaja perintah manusia iaitu
jika seorang manusia memerintahkannya untuk menganiaya atau merosakkan
individu tertentu, jin tersebut akan melakukan kerja dan arahan itu
untuk menunjukkan makhluk jin itu amat baik terhadap manusia yang
mengarahkannya sebagai upah di atas sikap manusia yang suka beramal
berdasarkan arahan jin seperti puasa sunat dan solat fardu untuk tujuan
mendapatkan ilmu-ilmu yang hebat itu.
Dalam soal ini, apabila jin yang diupah untuk menggigit dan menganiaya manusia (mangsa)
yang menjadi mangsa gigitan dan penganiayaan itu datang untuk mendapatkan rawatan, pihak
lain tidak akan dapat menyembuhkannya sekalipun ia adalah seorang doktor
pakar yang ternyata tidak dapat mengesan jenis-jenis penyakitnya,
apatah lagi bomoh-bomoh lain yang dianggap hebat. Sebaliknya,
penyakitnya akan dapat disembuhkan apabila mendapatkan rawatan dari
pihak yang mengarahkan jin tersebut untuk menganiaya mangsa berkenaan.
Berikutan itu, apabila bomoh berkenaan mengarahkan jin tersebut
keluar dari tubuh mangsa, jin yang sedang menghuni dalam tubuh mangsa
pastinya akan keluar dan selepas itu penyakitnya sembuh, yang sebenarnya
berpunca daripada gangguan jin-jin berkenaan. Dalam konteks ini,
individu yang beramal untuk tujuan berkenaan akan dipandang mulia dan
hebat kerana beliau dianggap seorang sahaja yang berjaya merawat mangsa
yang dirasuk jin itu. Hasilnya individu yang beramal dengan ilmu-ilmu
itu akan semakin angkuh, riak dan takbur.
Manakala jin
bukan Islam (kafir) pula, atas tanggapan orang ramai yang menamakannya
sebagai hantu raya, pelesit, hala, pontianak, langsuir, anak kerak dan
sebagainya. Jin jenis ini juga turut mengenakan pelbagai syarat kepada
tuannya supaya menjamunya dengan makanan yang banyak dan lazat seperti
ayam panggang, pulut kuning, telur dadar, bertih atau buah-buahan
seperti limau dan epal yang diletakkan di tepi-tepi kampung, tebing
sungai, busut anai-anai, pohon-pohon dianggap berpuaka dan sebagainya.
Hantu
raya banyak digunakan dalam permainan-permainan rakyat seperti wayang
kulit dan main puteri terutamanya bagi watak hanuman kera putih dari
spesis beruk. Justeru, hanuman kera putih ini adalah makhluk yang gagah,
jadi sesuailah jin kafir menjelma dalam rupa beruk, kera atau monyet.
Orang yang memelihara hantu raya misalnya bertujuan untuk mengawal rumah
kerana kegagahannya.
Jenis-jenis Saka
Terdapat tiga jenis saka yang menjadi amalan masyarakat
Melayu sejak dahulu sehingga hari ini seperti saka amalan, saka dari
pembawa saka dan saka keturunan.
Saka amalan ialah
individu yang memperolehinya dengan cara menuntut ilmu tanpa melalui
guru. Dalam hal ini, individu berkenaan mempelajari sesuatu ilmu yang
dihajatinya melalui buku dan kitab-kitab lalu beramal dengannya tanpa
mendapat tunjukajar, bimbingan dan ijazah dari seorang guru yang
bertauliah. Dengan itu, individu yang mengamalkan ilmu dengan hanya
membaca buku-buku dan kitab-kitab ini sebenarnya telah digantikan oleh
makhluk jin sebagai guru mereka. Jadi amat jelas bahawa, saka ini hanya
bertenggek pada orang-orang yang alim, warak dan suka menuntut ilmu
seperti ilmu-ilmu kebal dan hebat itu tadi.Selain
itu, terdapat juga pengamal-pengamal ilmu yang memperolehi saka dari
guru-guru mereka yang ditakrifkan sebagai pembawa saka lalu masuk ke
dalam tubuh pelajar-pelajar mereka.
Saka diwarisi oleh orang-orang Melayu walaupun generasi
kini dikatakan tidak beramal dengan ilmu-ilmu yang hebat ialah "saka
keturunan" atau disebut juga saka peliharaan. Ini kerana, apabila
generasi terdahulu seperti nenek moyang kita yang kemudiannya diwarisi
oleh orang-orang tua kita (ibu dan bapa) hari ini yang mempunyai saka,
akhirnya akan diwarisi pula sehingga anak, cucu dan cicit yang terakhir.
Keadaan ini disebabkan, selagi kita mempunyai pertalian darah dengan
keturunan kita tanpa mengira berapa lapis generasi pun, kita akan tetap
menerima saka tersebut sama ada mahu ataupun tidak.
Generasi
terdahulu seperti moyang lelaki kita banyak menggunakan saka peliharaan
ini di mana dari makhluk jin ini akan menyamar atau menyerupai haiwan
seperti burung yang besarnya agak luar biasa, harimau, hala dan hantu
raya (dapat menyerupai tuan yang memeliharanya).
Manakala
kalau perempuan pula suka memelihara hala, pelesit, langsuir dan
penanggal. Maknanya, tujuan makhluk berkenaan dipelihara adalah untuk
mengawal rumah dan dusun buah-buahan dari dicuri atau dicerobohi oleh
orang-orang yang tidak bertanggungjawab, jin itulah yang menyerupai
tuannya. Kadang-kadang tuannya tidak ada di rumah, sebaliknya apabila
penceroboh datang ke rumah yang akan menjadi mangsa, penceroboh akan
dapat melihat tuan rumah tidak ke mana-mana sedangkan makhluk berkenaan
yang menyamar sebagai tuan rumah tersebut. Dengan demikian, rumah yang
akan menjadi mangsa itu akhirnya terselamat dari dipecah masuk atau
dirompak.
Tanda-tanda Mendapat Saka
Tanda-tanda
saka memang banyak. Individu yang tubuhnya terkena saka akan berasa
sakit di bahagian tulang bahu (tulang kipas), tengkuk berasa berat
seperti ditindih sesuatu, cepat marah, menjadi pelupa, pening dan sakit
kepala yang amat sangat, dibenci jiran-jiran tetangga, apabila demam
bahagian muka sahaja yang terasa panas sebaliknya tubuh berasa sejuk,
terasa kebas hujung jari kaki, sakit di bahagian tulang belakang dan
pinggang, lutut seperti digigit, suka menangguhkan kerja, terasa malas
menziarahi walaupun mendengar berita ada orang sakit dan meninggal,
sewaktu tidur malam mudah terkejut, sentiasa berdebar, tubuh terasa
kejang, lenguh dan lumpuh, soal makan tiada had iaitu makan terlalu
banyak tetapi tidak berasa kenyang, telinga berdengung serta telinga kurang mendengar hingga tahap pekak.
Ada sesetengah individu yang turut mendakwa bahawa setiap kali membaca
Al-Quran dan beramal, tubuh mereka seperti kepanasan. Dalam hal ini, membaca Al-Quran tidak pernah menjadikan tubuh manusia
menjadi panas. Allah S.W.T dan Rasul-Nya sendiri menggalakkan setiap
umat Islam memperbanyakkan membaca Al-Quran dengan ikhlas hati kerana
Al-Quran sebenarnya sejuk iaitu sebagai penawar terutamanya kepada
segala jenis penyakit dan gangguan makhluk halus. Tetapi apabila membaca
Al-Quran dengan tiba-tiba tubuh menjadi panas adalah disebabkan
individu itu sebenarnya dihuni saka di mana tubuh individu berkenaan
telah dijadikan rumah jin sebagai tempat untuk makhluk berkenaan
menyebarkan dakyah, memperdayakan dan menyesatkan mangsa.
Sebaik-baik
langkah untuk memagari atau menyelamatkan barangan milik kita seperti
harta benda, rumah, tanah termasuk diri sendiri dan keluarga ialah
dengan membaca ayat Qursi, ayat tiga Qul, bismillah seribu dan ayat
seribu dinar.
Dalam hal ini, selain saka
tidak wujud di zaman Nabi S.A.W saka juga tidak pernah dikenali di
zaman sahabat-sahabat Baginda S.A.W. Misalnya Sayyidina Umar Al-Khattab
dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib juga lut senjata dan mereka meninggal
dunia sebagaimana kebanyakan manusia yang lainnya iaitu "setiap yang
hidup akan merasai kematian". Tetapi apabila dilihat tubuh ditikam,
dibunuh, ditembak atau dipotong tanpa mendapat apa-apa kesan atau tidak
lut senjata, ini menunjukkan ia sebenarnya ditepis oleh makhluk jin yang
sentiasa bersama individu yang mengamalkan ilmu-ilmu hebat itu.
Justeru,
jelaslah bahawa amalan dari ilmu-ilmu yang tidak bersandarkan kepada
guru-guru yang bertauliah serta amalan yang menyimpang dari landasan
sebenar akan menyebabkan seseorang pengamal ilmu itu tidak akan tahu
hujung dan pangkalnya akan mudah mewarisi saka. Ingatlah, saka boleh
meranap dan melenyapkan segala pahala amal ibadat yang dikerjakan
berpuluh-puluh tahun lamanya yang akhirnya menjadi rugi dan sia-sia.
Gangguan Akibat Saka
Bahana, gangguan dan gejala saka boleh memporak-perandakan
kerjaya, keluarga dan kehidupan mangsa. Beberapa kejadian yang dianggap
tidak masuk akal seperti perkelahian dan pembunuhan yang berlaku sejak
akhir-akhir ini diikuti masalah pesakit mental adalah berpunca dari
gangguan saka tersebut. Tuduh-menuduh, benci-membenci dan sengketa di antara ahli dan kerabat dalam keluarga, rakan memfitnah dan tidak berpuas hati dengan rakan sendiri adalah berpunca daripada gangguan saka berkenaan, namun ramai di kalangan kita yang tidak menyedari mereka dan ahli keluarga mereka diganggu saka berkenaan.
Saka jika tidak dinyahkan menurut kaedahnya tidak akan berjaya. Saka berkenaan akan kembali kepada kaum kerabat mereka disebabkan pertalian darah keturunan itu. Justeru, sebelum amalan yang dikerjakan menjadi sia-sia dan pulang menemui Allah dalam keadaan terhina, bersegeralah untuk "buang saka" itu.
Saka jika tidak dinyahkan menurut kaedahnya tidak akan berjaya. Saka berkenaan akan kembali kepada kaum kerabat mereka disebabkan pertalian darah keturunan itu. Justeru, sebelum amalan yang dikerjakan menjadi sia-sia dan pulang menemui Allah dalam keadaan terhina, bersegeralah untuk "buang saka" itu.
**************************************************
14 Tempat / Bahagian Pada dan Dalam Tubuh Manusia Menjadi Kesukaan Jin/Syaitan
1. Ulu hati
2. Siku kanan
3. Siku kiri
4. Lutut kanan
5. Lutut kiri
6. Umbuk punai (belakang kepala)
7. Hujung sulbi
8. Urat leher (bahagian belakang)
9. Hujung lidah
10. Lubang hidung kanan
11. Lubang hidung kiri
12. Telinga kanan
13. Telinga kiri
14. Pusat
**************************************************
Kaedah rawatan yang dijalankan adalah melalui Warisan Pusaka
Tok Kenali
1. Wirid Syeikh (Sultan Wali As-Syeikh Muhyiddin Abd. Qader Al-Jailani)
2. Wirid Hikmah
3. Jabat 14
4. Jabat Penimbul
5. Jabat Penggerak
6. Jabat Besi
7. Pandang Rabitah dan Wasilah
8. Doa
AZMI MOHD. SALLEH
Editor
ABJAD KELANTAN
Ada no telephone x?saya nak cari org yg boleh pulihkan gangguan..saya terkena sihir buatan org..tiap2 malam hantu raya tu ganggu saya..
BalasPadamSaya dah 3 bulan kena sihir..tiap2 malam x boleh tidur sebab org tu hantar hantu raya di rumah saya..macam mana kalau nak berubat?ada no phone ke?
BalasPadamSaya dah 3 bulan kena sihir..tiap2 malam x boleh tidur sebab org tu hantar hantu raya di rumah saya..macam mana kalau nak berubat?ada no phone ke?
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamBoleh sy tahu di mana sy boleh dapatkan kitab pemuda tauhid...sy berminat utk membelinya...
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.