MANGSA MAKHLUK JIN
JERTEH, TERENGGANU: PADA 15.10.2010, anggota Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh, Hafaizal Mat Ali serta Anis Sabirin bin Azmi bergegas ke rumah mangsa, Siti Balqis di Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu untuk melihat sendiri keadaan mangsa yang dilaporkan oleh banyak media cetak yang sering disorok dan dighaibkan ke beberapa tempat seperti di atas pokok, ke dalam kubur, ke Bukit Keluang (Besut). Tujuan Penulis juga untuk menemubual mangsa, tetapi apabila tiba di rumah mangsa, kami melihat mangsa yang pada mulanya sedang menangis di anjung pintu, tiba-tiba melarikan diri lalu memeluk ibunya. Disebabkan keadaan itu, kami terpaksa pulang kerana mangsa tidak ingin bersua dengan kami.
Mangsa membelakangi kami (menekup ke arah ibunya).
Dua anggota Unit Ghostbusters sedang meninjau persekitaran rumah mangsa.
Keadaan persekitaran rumah mangsa di waktu malam.
Rumah mangsa berhampiran papan tanda jalan ini.
Inilah wajah langsuir yang cuba menarik mangsa, tiba-tiba terjatuh tertiarap ke ruang tamu rumah mangsa.
Foto ini dirakam di rumah mangsa, Siti Balqis yang diganggu jin di Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu pada 15.10.2010.
Foto ini dirakam di rumah mangsa, Siti Balqis yang diganggu jin di Kampung Gong Nangka, Jerteh, Terengganu pada 15.10.2010.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.