UNIT GHOSTBUSTERS: Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Khamis, 23 Mei 2013

Mangsa Makhluk Halus: Kg.Lemak (Kota Bharu)


MANGSA MAKHLUK HALUS

KOTA BHARU, KELANTAN: PADA 23.5.2013, dua anggota Unit Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz) dan Azmi Mohd. Salleh ke rumah mangsa gangguan makhluk halus di Kampung Lemak dekat sini. Tujuan unit kami ke tempat terbabit adalah untuk melihat dan memantau kejadian berkenaan berikutan mangsa mendakwa keluarganya khususnya isterinya sering diganggu makhluk ghaib itu beberapa kali.

Ketika unit kami tiba, kami tidak melihat sesuatu yang mencurigakan di kawasan laman rumah terbabit. Namun, apabila seorang anggota Unit Ghostbusters, Aziz Haji Daud (Abang Aziz) mula melakukan aktiviti melempar/menabur garam yang telah diisi dengan wirid syeikh, didapati makhluk berkenaan mula menjelma di beberapa bahagian di kawasan rumah tersebut.

Penulis dapat melihat makhluk halus terbang di atas bumbung rumah mangsa. Manakala Aziz Haji Daud (Abang Aziz) melihatnya dengan jelas apabila seekor kucing hitam sedang bertenggek di atas sebuah kolam ikan keli yang terletak di penjuru rumah berkenaan. Hakikatnya, makhluk halus yang mendiami di kawasan rumah berkenaan sering mundar-mandir di kawasan rumah berkenaan.

Selepas aktiviti menabur/melempar garam itu, kami dapati keadaan laman rumah berkenaan agak baik dan tiada lagi tanda-tanda yang makhluk terbabit akan muncul berikutan garam yang digunakan itu boleh membakar tubuh makhluk terbabit.

Di atas bumbung rumah ini, Penulis melihat makhluk halus terbang melintasinya.



Abang Aziz ketika menabur/melempar garam di kawasan laluan makhluk halus di kawasan rumah terbabit.

Inilah kolam ikan keli, tempat menjelma seekor kucing hitam sedang bertenggek sebagaimana yang dilihat oleh Abang Aziz.

Lorong ini sering dilalui oleh makhlus halus di kawasan rumah itu.

Lorong di bahagian belakang rumah yang menjadi kegemaran makhluk tersebut bermain.

Foto infra-red: Kami syakki, inilah makhluk halus yang menjelma dalam jumlah yang ramai di sebelah kanan iaitu di bahagian hujung pagar berkenaan.

Foto ini dirakam di sebuah rumah di Kampung Lemak, Kota Bharu, Kelantan pada 23.5.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

1 ulasan:

  1. opis saya telah dikuasai oleh pompuan yang menggunakan ilmu penunduk dari bomoh siam..dia dikatakan telah menyapu minyak khas di semua meja di opis sana dan telah menabur debu2 kubo di opis...

    macam mana nak hapuskan sihir tu?

    BalasPadam