SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Tinta Rohani

Mungkin kita tidak pernah mendengar makhluk lain berkata-kata, bertasbih dan memuji kebesaran Allah S.W.T kerana telah menciptakan mereka begitu. Fokuskan minda dan dengar apakah yang diucapkan oleh air hujan (ketika turun) terhadap Allah, mereka bertasbih dengan mengucap Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Dengarkan kata-kata daun ketika ditiup angin, dengarkan apakah bunyi angin ketika tiupannya, dengarkan ucapan lautan, sungai, tasik ketika aliran mereka. Gunung-ganang, bukit-bukau sentiasa bertasbih memuji Allah S.W.T, tetapi tidak didengari oleh kita. Jika manusia mendengarnya, tentunya gementar seluruh jiwa raga manusia itu, kerana manusia tidak selebih itu walaupun manusia mempunyai keistimewaan yang dianugerahkan. Tetapi manusia ternyata lemah kerana tidak menggunakan keistimewaan itu, itulah "Ilmu Rohani".
- Oleh: Azmi Mohd. Salleh