MAKAM USTAZ ZALFAKAR ZAKARIA
KOTA BHARU, KELANTAN: Badal (Tok Guru), Ustaz Zalfakar Zakaria telah pulang ke rahmatullah pada 24.5.2016 (jam 10.00 malam) setelah kira-kira setahun menerima wasilah dan ijazah ahli sufi daripada gurunya, Almarhum Ustaz Ahmad Junaidin Che Din (Ustaz Mad Janggut) pada 28.2.2015.
Ketika kewafatan Badal, Penulis ketika itu berada di rumah anak yang sulong di Nilai, Negeri Sembilan. Hasrat Penulis sebenarnya untuk berada di rumah anak dalam tempoh agak lama (sebulan). Tetapi pada tarikh tersebut, Penulis berasa tidak sedap hati, gelisah dan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Lalu sebelah petangnya, Penulis memberitahu keluarga untuk pulang pada malam itu juga.
Setelah tiba di Gua Musang, Penulis menerima mesej dari anggota Abjad yang lain yang memaklumkan Tok Guru telah pulang ke rahmatullah pada 24.5.2016 (jam 10.00 malam) itu.
Skuad Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud, Azmi Mohd. Salleh dan Anis Sabirin bin Azmi sempat bertahlil di pondok Pusat Abjad Taqlibiah Wal-Sauthiah pada 26.5.2016 setibanya Penulis di Kota Bharu.
Skuad kami kemudiannya sempat melakukan ziarah di makam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota, Kota Bharu pada 29.7.2016 iaitu makam guru-guru beliau yang turut dimakamkan di situ.
Penulis sempat menziarahi Makam Tok Guru.
Makam Tok Guru.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Badal abjad kelantan sekarang siapa....?? Ada x
BalasPadamBadal Abjad Kelantan sekarang ialah Ayah Aziz dari Rantau Panjang, Kelantan. Watikah itu diserahkan sendiri oleh arwah Al-Alamah Ustaz Mat Janggut semasa hayat beliau.
PadamSeorang badal dan guru yang sentiasa mengambil berat prihal anak anak murid
BalasPadamKami selaku murid amat merindui arwah semoga arwah dikurniakan allah kelapangan seluas luasnya
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.
The way you explain a complex topic in an easy-to-understand way is really impressive. Keep it up.
BalasPadamcarton box
display box
packaging paper box