SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Isnin, 3 Disember 2012

Makhluk Halus: Kg.Paya Senang (Kota Bharu)

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

KOTA BHARU, KELANTAN:  SEBUAH keluarga di Kampung Paya Senang dekat sini memohon bantuan dan khidmat Unit Ghostbusters kami dalam usaha untuk menghindarkan "gangguan makhluk halus" yang dialami oleh keluarganya. Akibat dari gangguan tersebut, seluruh kawasan rumah mangsa menjadi tidak tenteram akibat permainan makhluk ghaib itu. Pada 8.12.2009, unit kami ke rumah tersebut dan daripada kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali yang kami guna dan amalkan untuk melihat makhluk tersebut melalui pancaindera rohani dan kaedah melempar/menabur garam, paku dan arang yang diisikan dengan wirid wasilah, keluarga berkenaan tidak lagi mengalami gangguan sebagaimana yang dimaksudkan.




Anggota Unit Ghostbusters, Aziz Haji Daud sedang melempar/menabur garam untuk tujuan menghalau makhluk halus yang sering mengganggu kediaman keluarga tersebut.

Foto ini dirakam di sebuah rumah di Kampung Paya Senang, Kota Bharu, Kelantan pada 8.12.2009.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam