SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Ahad, 10 Februari 2013

Makhluk Alien: Kg.Lundang (Kota Bharu)

MAKHLUK ALIEN

KOTA BHARU, KELANTAN:  Pada 10.2.2013, kami dari Unit Ghostbusters yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Anis Sabirin bin Azmi telah menjejak tempat munculnya makhluk asing yang dikenali "alien". Makhluk alien ini sebenarnya telah berjaya dirakam di atas alas meja burger pada 10.2.2013 (jam 5.45 petang) oleh Mohd. Aminuddin bin Che Zakaria yang mengusahakan gerai burgernya di hadapan kedai makan seorang anggota unit kami, Aziz Haji Daud (Abang Aziz) di Kampung Lundang bersebelahan dengan Masjid Lundang dekat sini.

Menurut Mohd. Aminuddin, makhluk alien itu tidak sengaja dirakam olehnya, kerana niat sebenarnya untuk mencuba iphone yang baru dibelinya. Ketika merakam alas meja gerai burgernya itu, beliau tidak mengetahui makhluk alien itu telah berada di atas alas mejanya itu. Setelah merakamnya, beliau cuba memeriksa foto yang telah dirakamnya, beliau agak terkejut kerana tidak menyangka makhluk aneh itu dapat dirakamnya sedangkan matanya tidak dapat melihat makhluk tersebut.

Kami kemudiannya menjejak tempat hadirnya makhluk alien itu. Ini kerana, menurut Abang Aziz terdapat sebuah rumah di kampung itu yang berjarak dari kedainya kira-kira dua buah rumah didapati agak berbeza dan sering mengusik. Ketika Penulis sedang merakam foto di halaman rumah terbabit, dengan tiba-tiba makhluk yang dimaksudkan telah melompat ke atas bahu Anis Sabirin dan terjun ke atas sebatang pokok bunga berhampiran pagar rumah tersebut. Bentuk fizikal tubuh makhluk alien berkenaan hampir sama dengan foto yang telah berjaya dirakam oleh Mohd. Aminuddin bin Che Zakaria.

Makhluk Alien: foto dirakam kembali dari iphone Mohd. Aminuddin Che Zakaria.

Unit kami mengesan kehadiran makhluk alien datang dari rumah ini. Makhluk alien bertenggek di atas pokok ini (anak panah) setelah melompat dari bahu seorang anggota unit kami, Anis Sabirin.

Foto ini dirakam di Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada 10.2.2013.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam