SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Jumaat, 4 Januari 2013

Gunung Stong: Xpdc 29.4.2011

EKSPEDISI GUNUNG STONG

KUALA KRAI, KELANTAN:  PADA 29.4.2011, Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali telah melakukan "Ekspedisi Gunung Stong" yang terletak dalam daerah Dabong, Kuala Krai, Kelantan. Tujuan unit kami ke sana selain untuk memperolehi pengalaman bermalam di sebuah gunung yang paling unik dan sejuk itu, tetapi hasrat kami sebenarnya ialah untuk mengetahui sebuah rumah rehat yang dikatakan didiami makhluk halus. Makhluk halus yang mendiami sebuah rumah rehat berhampiran sebuah tasik di gunung itu dikatakan pernah mencampakkan sepasang suami isteri yang ingin menginap di situ. Dalam suasana malam di Gunung Stong berkenaan, Penulis berjaya merakam foto makhluk halus tersebut. Rencana penuh tentang ekspedisi ini boleh diakses atau dilayari dalam RELATIF dengan tajuk "Gunung Stong: Xpdc 29.4.2011" di alamat: http://azmipasak.blogspot.com.

Gunung Stong dirakam dari jarak jauh.



Pinggir sebuah tasik, bawahnya adalah cerun.
Anak panah: empat makhluk halus yang dapat Penulis rakam.

Aura makhluk halus di sebuah rumah rehat yang dirobohkan.

Inilah Kolam Puteri dan Air Terjun Telaga Tujuh, sebuah tempat misteri.

 Ketika ini, kami ingin bertolak pulang.

Foto ini dirakam di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan pada 29.4.2011.

 
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH  

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam