SAKA DAN MAKHLUK HALUS
KOTA BHARU, KELANTAN: PADA 26.2.2011 (malam), anggota Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali pergi ke Kampung Kedai Buluh, Jalan Pantai Cahaya Bulan dekat sini sambil membuat tinjauan. Ini berikutan, aduan penduduk dari kawasan terbabit tentang gangguan saka dan makhluk halus lain di kawasan berkenaan. Kami kemudiannya membuat kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali di rumah terbabit dan mengenal pasti wujudnya makhluk toyol di kampung tersebut. Dakwaan kami ternyata benar apabila penduduk yang dimaksudkan memaklumkan, sudah ramai mangsa di kampung itu yang kehilangan wang tunai. Selepas kaedah wirid, kami kemudiannya melakukan kaedah melempar/menabur garam yang dicampurkan dengan arang dan paku dan sehingga hari ini masalah berkenaan selesai.
Inilah laluan toyol.
Aura makhluk halus di udara.
Foto ini dirakam di Kampung Kedai Buluh, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan pada 26.2.2011.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.