SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Khamis, 3 Januari 2013

Pulau Tengkorak: Xpdc 18.2.2011

PULAU TENGKORAK: XPDC 18.2.2011

TUMPAT, KELANTAN:  PADA 18.2.2011, anggota Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh, Hafaizal Mat Ali dan Anis Sabirin bin Azmi telah mengadakan "Ekspedisi Pulau Tengkorak" yang terletak 200 meter dari Kampung Ketil dekat sini. Sebelum kami ke pulau puaka itu, kami telah terlebih dahulu menemui dan memohon izin Tuan Guru (Badal), Ustaz Zulfakar tentang tujuan kami ke sana bagi mendapatkan beberapa kaedah jika berlakunya gangguan daripada makhluk ghaib dari pulau itu. Ini kerana, kami mendapat ilham, penghuni ghaib dari pulau itu didapati mengamuk. Hari yang ditunggu pada 18.2.2011, kami bertolak dari Kota Bharu dan semasa kami di atas bot dari perairan Kampung Ketil, kami melakukan kaedah untuk masuk ke pulau itu. Malah, apabila anggota unit kami dapat menjejakkan kaki di perairan itu, kami sekali lagi melakukan kaedah terakhir untuk menjengak masuk ke Pulau Tengkorak itu. Sampai di tempat yang dimaksudkan, kami melakukan aktiviti menebas dan menebang pokok kayu untuk membina markas. Setelah selesai, Penulis melaungkan "azan" untuk memaklumkan kepada penghuni ghaib di Pulau Tengkorak itu bahawa kami telah berada dan menjejakkan kaki di tengah-tengah Pulau Tengkorak. Untuk membaca Rencana tentang ekspedisi ini, sila akses atau layari RELATIF dengan tajuk "Pulau Tengkorak: Xpdc 18.2.2011" di alamat: http://azmipasak.blogspot.com.

Unit kami menaiki bot ke Pulau Tengkorak.





Penulis mengalunkan azan setelah selesai membuka kawasan pulau.




Anggota Unit Ghostbusters kami membina markas.

Inilah makhluk halus Pulau Tengkorak ketika kami mengadakan Bar-B-Que pada sebelah malamnya.

Foto ini dirakam di Pulau Tengkorak pada 18.2.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam