SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Jumaat, 4 Januari 2013

Makhluk Saka: Kg.Paya Senang (Kota Bharu)

GANGGUAN MAKHLUK SAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PERCAYA atau tidak, ada mangsa yang tidak dapat tidur selama 11 tahun gara-gara gangguan makhluk halus? Seorang mangsa yang berusia 65 tahun dari Kampung Paya Senang dekat sini memang tidak dapat dinafikan oleh keluarga mangsa. Menurut keluarganya, mangsa telah beberapa kali mendapatkan rawatan secara tradisional, namun tidak membuahkan hasil. Walaupun salah seorang pengamal tradisional dikatakan telah berjaya mengeluarkan makhluk yang menghuni dalam tubuh mangsa dan mendakwa hanya gangguan dari luar sahaja, namun kami dari Unit Ghostbusters, Abjad Kelantan dapat mengesan dan memberitahu mangsa, gangguan makhluk tersebut masih wujud dan makhluk halus yang dikatakan dapat dikeluarkan dari tubuh mangsa masih lagi menghuni dalam tubuhnya.

Sehingga kehadiran Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali ke rumah mangsa pada 25.6.2012 (malam), kami melakukan rawatan dan kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali seperti wirid, jabat, doa dan melempar/tabur garam. Kami dapat mengesan tentang gangguan terhadap dirinya dari keturunannya sendiri iaitu "saka". Selepas membuat rawatan secara rohani, kami kemudiannya menggunakan kaedah penggunaan garam, paku dan arang di mana kami dapat mendengar hilaian suara dari atas bumbung rumah mangsa yang menunjukkan hakikat saka tersebut. Bahan-bahan ini kemudiannya kami lempar/taburkan di atas bumbung rumah mangsa, termasuk di persekitaran rumah dan di bawah rumahnya. Maklumbalas yang kami terima pada 26.6.2012 mendapati masalah mangsa telah selesai dan mangsa telah dapat melelapkan mata dan tidur dengan lena walaupun sebelum ini mangsa tidak dapat berbuat demikian akibat gangguan tersebut.

Mangsa gangguan hanya mampu baring, tetapi tidak dapat melelapkan mata.

Mangsa dirawat melalui kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali.

Inilah rumah mangsa.



  

Unit Ghostbusters, Hafaizal Mat Ali (baju kuning) sedang melempar/menabur garam.

Laluan ke rumah mangsa kelihatannya agak suram dan menyeramkan.
Foto ini dirakam di Kampung Paya Senang, Kota Bharu, Kelantan pada 25.6.2012.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH      

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam