GANGGUAN MAKHLUK HALUS
KOTA BHARU, KELANTAN: PADA 25.4.2011 (malam), anggota Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali ke Kampung Sireh, Jalan Bawah Lembah, Kota Bharu, Kelantan apabila kami menerima panggilan telefon tentang gangguan makhluk halus yang agak keras di kawasan terbabit. Setelah melakukan kaedah sebagaimana yang selalu kami buat, kami dapati terdapat makhluk halus lelaki yang merupakan penghuni asal rumah sewa berkenaan sejak mula dibina sehingga hari ini sering mundar-mandir kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan apabila bertembung dengan unit kami. Makhluk halus tersebut kelihatannya di sebuah bilik kemudiannya keluar ke dapur. Kami tidak dapat melakukan kaedah kedua iaitu "lempar/tabur garam" kerana bentuk rumah berkenaan yang agak tinggi dan kami tidak dapat berbuat demikian berikutan peralatan yang kami lempar itu tidak sampai ke bahagian bumbung rumah berkenaan.
Inilah rumah yang dimaksudkan, keadaan bumbungnya yang agak tinggi menyukarkan operasi.
Dalam bilik inilah makhluk halus lelaki itu sering mundar-mandir.
Foto makhluk ini dapat kami rakam ketika kami melangkah pulang.
Kadang-kadang makhluk halus itu menjelma di hadapan rumah mangsa.
Foto ini dirakam di Kampung Sireh, Jalan Bawah Lembah, Kota Bharu, Kelantan pada 25.4.2011.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.