JELMAAN MAKHLUK HALUS
DI JALANAN
BACHOK, KELANTAN: PADA 13.7.2012 (malam hingga 3.30 pagi), Skuad Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali membuat satu tinjauan di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, Bachok, Kelantan berikutan aduan daripada beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran kampung berkenaan yang mendakwa adanya lembaga makhluk halus yang menjelma di tengah-tengah jalan itu.
Ketika Skuad Ghostbusters kami bergegas ke tempat yang dituju pada tarikh berkenaan, hujan turun renyai-renyai dan kadangkala lebat dan setibanya unit kami di tempat yang dimaksudkan, hujan mulai reda dan kami parkir kenderaan di sebuah tapak rumah di tepi jalan dalam kawasan sawah padi terbabit. Kami merakam 36 keping foto, tetapi melihat kepada foto kedua yang dirakam menggunakan "lampu kamera" didapati ojbek yang disyakki makhluk halus tiba-tiba muncul agak jauh dari tempat kami parkir kenderaan.
Namun begitu, Penulis meneruskan misi dengan merakam foto di kawasan sawah padi, tempat parkir kenderaan dan kawasan jalan raya terbabit. Ketika Penulis ingin merakam foto jalan raya yang menghala ke Kuchelong, sambil duduk Penulis merakam jalan raya tersebut. Dengan tidak disangka-sangka ketika itu, Penulis tersilau kelibat lembaga berupa seorang lelaki tiba-tiba melintas keluar dari arah sebatang pokok berhadapan tempat unit kami parkir kenderaan itu. Penulis meminta komen salah seorang anggota unit kami, Hafaizal Mat Ali dan pendapat beliau hampir sama dengan Penulis.
Sementara itu, dari dalam kederaan, seorang anggota skuad kami, Aziz Haji Daud (Abang Aziz) sedang bermeditasi dan berinteraksi malah beliau telah menyelam ke alam ghaib untuk melihat kedudukan dan suasana makhluk tersebut. Kemudiannya beliau memaklumkan, dua lembaga yang didakwa penduduk kampung terbabit yang sering menjelma di jalanan kampung tersebut tidak menampilkan diri mereka, mungkin agak takut dengan kehadiran unit kami. Walau bagaimanapun, beliau dapat melihat di tempat kami parkir kenderaan yang juga tapak rumah di tepi sawah itu wujudnya sebuah rumah milik makhluk ghaib itu. Beliau cuba untuk memasuki rumah terbabit di mana sebuah pintu rumahnya didapati terbuka, tidak berjaya disebabkan terhalang oleh seorang makhluk wanita yang sedang menunaikan solat di balik pintu itu. Menurut Abang Aziz, wanita itu adalah makhluk halus dari golongan jin Islam dan ada juga jin bukan Islam di kawasan itu yang hidup secara koloni.
Papan tanda di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, Bachok, Kelantan.
Inilah tapak rumah berdekatan jalan dan sawah padi iaitu tempat unit kami parkir kenderaan. Di kawasan hujung tapak rumah inilah terdapat rumah makhluk jin Islam yang merupakan perkampungan asal makhluk ghaib itu.
Lembaga jin yang berjaya dirakam oleh Penulis sedang memerhatikan ke arah skuad kami dari arah tempat parkir kenderaan.
Anak Panah: Lembaga seorang lelaki keluar dari arah pokok ini, kemudian terus berlari laju menghala ke cabang tiga Bekelam.
Inilah arah makhluk halus itu berlari pantas apabila melihat kami merakam foto.
Tidak wujud makhluk halus di kawasan cabang tiga Bekelam ini. Foto secara "infra-merah".
Foto ini dirakam di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, Bachok, Kelantan pada 13.7.2012.
Foto ini dirakam di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, Bachok, Kelantan pada 13.7.2012.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.