MAKHLUK HALUS MENCURI
KOTA BHARU, KELANTAN: PADA 5.7.2012 (malam), Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali bergegas ke rumah sebuah keluarga di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan yang sering kehilangan wang (dakwaan mangsa, wang dicuri) oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ketika kehadiran unit kami, hujan turun secara renyai-renyai dan kadangkala lebat. Ketika unit kami memasuki laluan ke rumah mangsa, anggota kami terhidu bau busuk (bau makhluk halus) yang menandakan makhluk ghaib itu sedang menghuni di sebuah rumah kosong yang terletak di sebelah kanan lorong ke rumah mangsa.
Sebelum memasuki rumah mangsa, kami membuat tinjauan di laman rumah keluarga berkenaan dan kemudiannya kami memasuki rumah terbabit. Kami meminta peralatan seperti garam kasar, paku dan arang. Selepas itu, sebagaimana lazimnya, kami melakukan wirid, jabat untuk mengesan makhluk apakah yang sedang membuat angkara di rumah berkenaan. Sahlah, ia berpunca dari perbuatan licik bernama "toyol" dan ia muncul dari sebuah rumah yang mempunyai banyak pokok buah-buahan seperti langsat dari kampung terbabit, selain makhluk yang digelarkan orang sebagai "hantu raya".
Setelah selesai acara berkenaan, anggota kami melakukan kaedah melempar/menabur garam dicampur dengan paku dan arang yang diisi dengan wirid, doa dan jabat. Mengambil kesempatan itu, Penulis merakam foto menggunakan "infra-merah". Sebanyak lapan keping gambar dapat dirakam dalam kawasan laman rumah berkenaan, sebaliknya foto keenam yang menggunakan teknik "infra-merah" dengan tiba-tiba dapat merakam makhluk berwarna gelap (seperti bayang) sedang berdiri tegak separuh badan dengan memerhatikan ke arah salah seorang anggota unit kami, Hafaizal Mat Ali (berbaju kuning).
Kami menganggapkan, makhluk berwarna hitam gelap seperti bayang itu adalah "hantu raya" untuk merujuk makhluk halus kelas jin kafir. Keadaan ini bermakna, keluarga mangsa sebenarnya diganggu dan dianiayai oleh makhluk halus tersebut.

Inilah kawasan sekitar rumah mangsa (teknik lampu kamera).
Seorang anggota unit kami, Aziz Haji Daud (Abang Aziz) sedang membuat tinjauan.
Seorang anggota unit kami, Hafaizal Mat Ali (baju kuning) sedang menabur garam di kawasan tersorok.
Secara tiba-tiba bayangan hitam lembaga (kanan) muncul berhampiran tiang rumah.
Foto ini dirakam di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 5.7.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.