ANGKARA TOYOL
PASIR PUTEH, KELANTAN: PADA 30.11.2012, Unit Ghostbusters kami menerima panggilan telefon tentang masalah yang dialami oleh mangsa, rentetan dari hal yang sama yang telah dimaklumkan kepada unit kami dua minggu sebelum itu. Menerima panggilan kedua pada 30.11.2012 itu, Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali bergegas ke tempat kejadian.
Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Ku Mat dari Kampung Telosan, Pasir Puteh, Kelantan berkata, beliau sering kehilangan wang tunai dalam jumlah yang mencecah sehingga RM2,500. Kebanyakan wang ingin dibelanjakannya disimpan dalam dompet, sebahagiannya disimpan oleh isterinya didapati telah hilang. Beliau yang merupakan seorang peniaga runcit mengalami masalah untuk membayar harga barangan yang telah ditempah apabila wang tunai yang disediakan telah hilang secara "misteri".
Berikutan masalah sedemikian sering berlaku, beliau kemudiannya mendapatkan khidmat tiga orang bomoh berdekatan untuk tujuan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Katanya, ketiga-tiga bomoh itu mengakui, masalah kehilangan wang tunainya secara misteri itu adalah gara-gara toyol dan menurut ketiga-tiga bomoh itu juga, terdapat seorang pembela toyol di kampung terbabit. Ketiga-tiga bomoh berkenaan juga cuba untuk membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya tetapi tidak mampu berbuat demikian. Kehilangan wang semakin menjadi-jadi.
Kebanyakan jumlah wang tunai yang hilang adalah dalam note RM50 di mana wang berkenaan dicuri sebanyak sekeping sehari. Menerima makluman berkenaan, pada pukul 9.30 malam Unit Ghostbusters kami bertolak dari Kota Bharu ke Kampung Telosan, Pasir Puteh. Setibanya kami di tempat kejadian, kami melakukan kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali (kaedah wirid, jabat dan doa). Dalam kaedah yang kami buat, kami dapat melihat toyol yang dimaksudkan sedang berdiri di tepi dinding kedai runcit miliknya di samping pembela toyol itu yang seolah-olah cuba menyerbu ketika kami sedang melakukan kaedah tersebut.Untuk menyelesaikan masalah toyol ini, kami sekadar menghalaunya supaya mangsa tidak lagi diganggu.
Selepas kaedah mengesan secara "rohani" untuk mengetahui tentang makhluk berkepala bulat, botak dan berbogel (toyol) itu dapat dikesan arah hadirnya ke rumah mangsa, kami kemudiannya melakukan kaedah melempar/menabur garam kasar yang dicampur dengan paku dan arang yang turut diisikan dengan wirid, jabat dan doa ke serata penjuru rumah sehingga ke atas bumbung rumah/kedai mangsa.
Selang dua minggu selepas operasi Unit Ghostbusters kami itu, kami dimaklumkan oleh mangsa bahawa, toyol yang dimaksudkan tidak lagi mengganggu beliau dan keluarganya.
Inilah kedai/rumah Pak Ku Mat. Kelihatan mangsa, Pak Ku Mat (baju-T putih) melihat seorang anggota Unit Ghostbusters kami melempar/menabur garam di setiap pelusuk rumahnya.
Seorang anggota Unit Ghostbusters, Hafaizal Mat Ali (baju coklat) sedang melempar/garam ke atas bumbung rumah/kedai mangsa.
Foto ini dirakam di Kampung Telosan, Pasir Puteh, Kelantan pada 30.11.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.