SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Khamis, 3 Januari 2013

Makhluk Halus: Jalan Kelochor (Kota Bharu)

MAKHLUK HALUS

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 13.2.2011, anggota Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali telah diminta oleh sebuah keluarga dari Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan bagi melihat masalah yang dihadapi oleh bapanya yang berkeadaan pelik. Setelah tiba di kediaman terbabit, kami melakukan kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali. Setelah selesai, kami kemudiannya merakam foto. Dari rakaman foto tersebut, terdapat dua keping foto yang kelihatannya seperti seekor kucing ganjil yang terjun dari sebatang pokok dalam kawasan rumah terbabit. Malah, selepas itu kami dapat merakam foto seekor haiwan terbang iaitu seperti kelawar raksasa.

Inilah rumah yang dimaksudkan.

Makhluk halus seperti seekor kucing.

Makhluk halus seperti seekor kelawar raksasa.

Foto ini dirakam di Jalan Kelochor, Kota Bharu, Kelantan pada 13.2.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam