GATAL: ANGKARA MAKHLUK HALUS
PASIR MAS, KELANTAN: KAMI dari Unit Ghostbusters, ABJAD Kelantan meneruskan misi ke Pasir Mas pula apabila sebuah keluarga dari Kampung Belukar Aur Cina dekat sini yang dikatakan mengalami masalah gatal-gatal badan yang amat sangat ketika cuba memanjat dan memungut buah dari sebatang pokok asam dikenali "Pokok Setar" di belakang rumah mangsa. Bukan sahaja beliau yang mengalaminya, tetapi anak-anaknya yang turut serta pada hari itu menerima nasib yang sama.
Akibat gatal tersebut, mangsa menemui doktor di hospital dalam usaha merawat gatal yang dialaminya, namun dari pemeriksaan doktor, beliau tidak mengalami masalah penyakit kulit sebagaimana yang didakwanya, tetapi melihatkan keadaan kulitnya yang seakan menggelupas seolah-olah beliau dijangkiti kuman sehingga membuatkan kulitnya mengalami gatal-gatal. Malahan disebabkan tidak puas hati dengan keadaan itu, beliau membeli ubat-ubatan dari farmasi, namun sehingga ubat-ubat berkenaan habis digunakan, penyakit gatalnya masih juga belum sembuh.
Berikutan itu, mangsa memaklumkan kepada Unit Ghostbusters kami tentang kejadian itu. Pada 13.7.2012 (sebelah malamnya), Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz) dan Azmi Mohd. Salleh bergegas ke rumah mangsa. Melalui kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali, seorang anggota kami, Aziz Haji Daud dapat mengesan bahawa mangsa terkena "ludahan jin" ketika memungut buah setar tersebut. Melalui kaedah berkenaan, anggota kami itu meminta mangsa meminum "air penawar" yang telah disediakannya dan selebihnya boleh dibuat mandian. Selepas itu, kami menggunakan bahan-bahan seperti garam kasar, paku dan arang untuk ditaburkan di atas bumbung rumah dan di persekitarannya untuk menghalau makhluk halus yang kebetulan melalui kawasan itu setiap kali menjelang petang.
Anggota unit kami, Aziz Haji Daud melakukan kaedah Warisan Pusaka Tok Kenali melalui kaedah wirid dan jabat.
Rumah mangsa pada waktu malam.
Di kawasan inilah seringkali berlaku gangguan sehingga menyusahkan mangsa.
Foto ini dirakam di Kampung Belukar Aur Cina, Pasir Mas, Kelantan pada 13.7.2012.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
BalasPadamIni email saya : tubuhsatu@gmail.com
Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.