SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Khamis, 3 Januari 2013

Makhluk Halus: Kg.Paya Senang (Kota Bharu)

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 12.2.2011 (malam), Unit Ghostbusters kami yang terdiri daripada Aziz Haji Daud (Abang Aziz), Azmi Mohd. Salleh dan Hafaizal Mat Ali bergegas ke sebuah rumah di Kampung Paya Senang, Kota Bharu, Kelantan setelah dimaklumkan oleh keluarga berkenaan tentang "gangguan makhluk halus" terhadap keluarga mangsa. Setelah unit kami tiba di sana, makhluk halus yang dimaksudkan melarikan diri ke sebuah rumah usang dan kami terus memburunya pada malam itu. Akhirnya, kami dapati makhluk yang melarikan diri itu telah terkepung. Dari rakaman foto yang kami buat, makhluk halus itu melompat ke dalam sebuah bekas di bawah juntaian pakaian pemilik rumah terbabit. Kelihatan foto yang dibulatkan merah itu adalah makhluk halus yang dimaksudkan.



Di atas bumbung dalam gelap di sebuah rumah inilah makhluk halus terbabit melarikan diri.

 Foto yang dibulatkan itu adalah makhluk halus yang dimaksudkan.

Foto ini dirakam di Kampung Paya Senang, Kota Bharu, Kelantan pada 12.2.2011.

Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH 

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam