SKUAD GHOSTBUSTERS: Majalah Maya . Aktiviti . Foto/Video . Memulihkan Gangguan Makhluk Halus . Selamat Datang . Kepada Semua Pengunjung . Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://abjad-kelantan.blogspot.com

Khamis, 3 Januari 2013

Senjata Saka: Pusat Abjad Kelantan

SAKA: SENJATA PUSAKA

KOTA BHARU, KELANTAN:  PADA 25.1.2011, Unit Ghostbusters kami sekali lagi ke Pusat Abjad Kelantan untuk melihat dengan lebih dekat tentang "senjata pusaka" berusia lebih 100 tahun yang telah diserahkan oleh pemiliknya yang telah menjalani program buang saka. Kebanyakan senjata pusaka itu terdiri dari keris dan pedang. Apabila dikatakan senjata pusaka, tentunya ia dikawal pemilik saka (jin) berkenaan dan ini tentunya akan menimbulkan masalah bagi individu yang bukan ahli untuk memegang senjata berkenaan. Dalam konteks ini, Tuan Guru mengundang unit kami seolah-olah ingin melatih kami dalam hal berkenaan.

Inilah senjata pusaka berusia lebih 100 tahun.

Penulis dapat lihat jelmaan satu lembaga berhampiran senjata pusaka ini, tetapi setelah disaksikan oleh Tuan Guru, lembaga terbabit ghaib dai gambar yang Penulis rakam.


Dalam bilik ini juga menjelma lembaga, puncanya dari senjata pusaka yang diletakkan di luar premis.

Dalam bulatan akhbar ini (dalam bonet kereta) juga senjata pusaka yang dikawal saka.

Foto ini dirakam di Pusat Abjad Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 25.1.2011.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam